Thursday, August 20, 2015

Kad Kredit - Bahagian 1

Siapakah tidak mempunyai kad kredit atau tidak pernah mempunyai kad kredit dalam hidupnya? Jika tidak mempunyai sekarang apakah sebabnya? Jika tidak pernah mempunyai kad kredit apakah sebabnya? Adakah kita memerlukan kad kredit dalam hidup kita pada zaman ini? Untuk apakah kita memerlukan kad kredit? Adakah kad kredit akan memanfaatkan kita atau bank akan manfaatkan daripada kita dengan adanya kad kredit? Kedua-dua senario ini boleh terjadi sekiranya pihak yang mengawal kad kredit tersebut menguasai dan dapat memanipulasi kad tersebut.
Apakah langkah dalam memilih sesuatu kad kredit? Apakah kriteria yang diperlukan dalam mendapatkan sesuatu kad kredit? Kebiasaannya pengguna muda yakni graduan yang baru memulakan pekerjaan amat teruja dalam menggunakan kad kredit kerana kononnya dengan menggunakan kad kredit ini, gaya penampilan akan menonjol apabila pergi membeli-belah atau ke restoran-restoran eksklusif. Tanpa disedari kita makin menjeratkan diri dalam perangkap hutang tanpa henti sekiranya niat kita tidak betul sewaktu mendapatkan kad kredit. Apakah kita perlu tahu terhadap sesuatu produk kad kredit sebelum kita memohon kad tersebut? Perkara yang paling asas adalah yuran tahunan yakni anda terpaksa keluarkan duit sendiri untuk membayar servis penggunaan kad kredit ini. Mungkin ramai yang akan tanya mengenai kad kredit yang tidak mengenakan yuran tahunan dan mungkin tidak percaya sekiranya menyatakan bahawa tiada yuran tahunan untuk sesuatu kad kredit itu.

Bagaimanakah kita boleh mengetahui kad kredit terbaik untuk kita? Nantikan artikel akan datang mengenai kriteria pemilihan kad kredit.

No comments:

Post a Comment